Rabu, 17 Februari 2016

IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG


BIODATA IBNU KHALDUN.

1)     Riwayat hidup ibnu khaldun.
a)    Nama sebenar ialah abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
b)    Dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di Tunisia.
c)    Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khalduniyah di Tunisia.
d)    Keturunan arab yaman.
e)    Bapanya adalah seorang sarjana.
f)     Meninggal dunia pada tahun 808 hijrah/1406 masihi di kaherah, mesir ketika usia 87 tahun.
g)    Dikebumikan diluar babun nasr, iaitu perkuburan ahli sufi.

2)    Latar belakang kehidupan ibnu khaldun.
a)    Keluarganya berasal dari keturunan arab yaman yang datang ke sepanyol semasa pembukaan sepanyol oleh tentera arab muslimin.
b)    Mereka kemudian menetap di carmona, kemudian berpindah ke Seville, sepanyol.
c)    Selepas kejatuhan Seville, keluarganya berpindah ke Tunisia sehinggalah beliau dilahirkan.
d)    Apabila Tunisia diserang wabak taun pada tahun 749 hijrah, keluarga beliau telah berpindah ke fez.
e)    Pada 1375 masihi, berhijrah ke Granada, sepanyol kerana mahu melahirkan diri daripada kerajaan di afrika utara.
f)     Lantaran keadaan politik di Granada tidah stabil, mendorong beliau merantau ke Algeria.
g)    Selepas itu berhijrah ke bougie dan akhir sekali ke mesir sehingga akhiri hayatnya.

















KEPERIBADIAN IBNU KHALDUN.

1)    Sifat keperibadian ibnu khaldun:
a)    Tekun mencari ilmu – sejak kecil mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah, malah kesibukan tugas sebagai pentadbir tidak menghalangnya menuntut ilmu.
b)    Kuat ingatan – menghafaz al-quran sejak kecil serta menguasai pelbagai bidang ilmu dalam usia belasan tahun.
c)    Berjiwa pemimpin – menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim Negara kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya mengemukakan idea yang bernas.
d)    Kreatif – Berjaya mengenengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yag tersendiri melalui kayranya al-muqaddimah.
e)    Bijak berpidato – aktif berdebat untuk menambahkan ilmu.

2)    Kegigihan ibnu khaldun menuntut ilmu yang boleh dicontohi oleh pelajar:
a)    Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan kifayah sejak kecil.
b)    Tekun dan gigih menuntut ilmu walaupun telah dewasa dan memegang jawatan penting Negara.
c)    Tidak mudah berputus asa dan cekal menuntut ilmu walaupun ditimpa bencana.
d)    Bijak membahagikan masa untuk menuntut ilmu dan bersama-sama masyarakat.
e)    Memiliki semangat untuk menuntut ilmu secara berterusan.
PENDIDIKAN IBNU KHALDUN
1)    Pendidikan ibnu khaldun:
a)    Mendapat pendidikan awal daripada bapanya dengan mempelajari asas-asas agama seperti al-quran, fekah, hadis dan tauhid di masjid al-quba, Tunisia.
b)    Menghafaz al-quran sejak kecil.
c)    Setelah dewasa, beliau belajar lingustik bahasa arab (seperti nahu dan saraf), usuluddin dan kesusasteraan.
d)    Turut mempelajari mantik, sains, falasafah, matematik dan sejarah daripada beberapa orang ulamak terkemuka pada masa itu.
e)    Ketika berusia 18 tahun, terpaksa berhenti belajar kerana Tunisia ditimpa wabak taun.
f)     Kemudian melanjutkan pelajaran tinggi di fez dengan beberapa orang guru dan ulamak yang terkenal.
2)    Bidang ilmu yang diterokai dan dikuasai oleh ibnu khaldun:
a)    Bahasa arab.
b)    Nahu dan balaghah.
c)    Mustalah hadis.
d)    Sastera.
e)    Fekah.
f)     Usul fiqh.
g)    Mantik.
h)    Sains.
i)      Falsafah.
j)      Matematik.
k)    Sejarah.
l)      Ekonomi.
m) Politik.
n)    Sosiologi.
3)    Bidang ilmu yang telah diislahkan (diperbaharui dan dimajukan) oleh ibnu khaldun:
a)    Ilmu sejarah dan persejarahan.
b)    Politik.
c)    Ekonomi.
d)    Sosiologi.
e)    Biografi.
f)     Kesusasteraan.
g)    Karang-mengarang.
h)    Psikologi pendidikan.










IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG.

1)    Bukti menunjukkan bahawa ibnu khaldun seorang tokoh pelbagai ilmu:\
a)    Pakar sejarah.
b)    Pakar dalam ilmu sosiologi.
c)    Ahli falsafah.
d)    Tokoh negarawan.
e)    Pengiat budaya dan kesusasteraan arab.
2)    Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai sejarawan terkenal:
a)    Ibnu khaldun mampu menganalisis tamadun dari segi permulaan,factor kegemilangan serta kejatuhannya.
b)    Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geagrafi.
c)    Idea beliau dalam kitab al-muqaddimah telah menarik perhatian para pengkaji dan pemikir untuk menobatkannya sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti at-tabari dan al-mas’udi.
3)    Bukti ketokohan ibnu khaldun sebagai negarawan yang banyak jasa untuk Negara:
a)    Menyandang banyak jawatan penting Negara selama lebih 20 tahun.
b)    Antara jawatan tersebut ialah
i)      Setiausaha khas bahagian surat-menyurat di jabatan kerajaan Tunisia (751 hijrah).
ii)   Pegawai jabatan setiausaha Negara di istana sultan abu ishak dan sultan abu annan.
iii)            Anggota majlis ilmiah di fez, maghribi ( 755 hijrah).
iv) Anggota jabatan setiausaha sulit sultan abu salim di fez (760 hijrah).
v)    Dura di Granada, qistina dan maghribi.
4)    Bukti ibnu khaldun sebagai tokoh penggiat budaya dan kesusasteraan arab:
a)    Mendalami pengajian kesusasteraan dengan syeikh Muhammad bin bahri di Tunisia.
b)    Menghasilkan banyak syair semenjak zaman kanak-kanak lagi.
c)    Kemahiran dalam syair terbukti dalam perbahasanya tentang syair dalam kitabnya al-muqaddimah.
5)    Nama gelaran kesarjanaan yang diberikan kepada ibnu khaldun:
a)    As-syadrul kabir.
b)    Al-faqihul jalil-ahli fakeh yang mulia.
c)    Al-‘allamah-orang yang memiliki kealiman ilmu yang tinggi.
d)    Imamul a’immah-imam segala imam.
e)    Jamalul islam wal muslimin.







SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

1)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran yang amat bernilai kepada tamadun manusia:
a)    Berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya.
b)    Memberi idea dan penduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.
c)    Pelapor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
d)    Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak.
e)    Karyanya dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana.
f)     Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.
2)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sejarah:
a)    Seorang filosof sejarah terkenal
b)    pengasas ilmu filososf sejarah.
c)    Membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.
d)    Berpendapat sejarah dan peristiwa sejarah adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian nyata, bukan khayalan atau dongengan.
e)    Hasil karyanya yang terkenal di barat dalam bidang sejarah ialah al-muqaddimah dan al-ibar.
3)    Sumbangan ibnu kahldun dalam bidang politik:
a)    Bergiat aktif dalam politik selama lebih 20 tahun.
b)    Berpendapat bahawa islam adalah asas penting dalam memperbetulkan sesebuah Negara.
c)    Mengemukakan teori politik dalam kitabnya iaitu at-ta’rif dan al-ibar.
4)    Sumbangan ibnu khaldun dalam bidang sosiologi:
a)    Pengasas dan guru dalam bidang sosiologi.
b)    Berpendapat bahawa manusia adalah makhluk social yang tidak mungkin boleh hidup secara sendirian.
c)    Menekankan aspek pendidikan akhlak dalam semua penulisannya.
d)    Karyanya dalam bidang sosiologi digunakan secara meluas di university di eropah dan timur.
5)    Pendapat ibnu khaldun berkaitan asas pembinaan sesebuah Negara:
a)    Pembinaan sesebuah Negara mestilah berasaskan kepada agama, ekonomi, akhlak, akhlak pemimpin dan rakyatnya.
b)    Kupasan beliau ini banyak disandarkan kepada pemerhatiannya sepanjang penglibatan dalam pentadbiran pelbagai tempat dan berbeza budaya dan suasana.
6)    Pendapat dan idea ibnu khaldun berkaitan bidang ekonomi:
a)    Rezeki adalah kurniaan allah yang mesti dinikmati bersama.
b)    Manusia adalah pemegang amanah allah dalam pengurusan harta yang wajib dibelanjakan mengikut syarak.
c)    Kemajukan sesebuah Negara bergantung kepada kemajuan ekonomi dimana suatu bangsa akan mundur dan lemah jika pencapaian ekonominya lemah.
d)    Hasil karyanya dalam ekonomi ialah at-ta’rif dan al-ibar.
7)    Sanjungan dan penghormatan yang diterima oleh ibnu khaldun oleh masyarakat antarabangsa sehingga kini:
a)    Sesebuah Negara ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamik studies di university di amerika.
b)    Nama beliau diabdikan dalam sebuah university terkemuka iaitu university ibnu khaldun, Jakarta Indonesia.












KARYA AGUNG IBNU KHALDUN.

1)    Kesan dan peninggalan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun terhadap perkembangan tamadun manusia:
a)    Warisan ilmu dan pemikiran ibnu khaldun telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap tamadun manusia dalam bidang kebudayaan, social, sejarah, ekonomi dan politik.
b)    Hasil karya beliau seperti al-muqaddimah dan al-ibar telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing seperti perancis, turki, jerman, inggeris, sepanyol dan melayu.
c)    Hasil pemikiran beliau dalam bidang sosiologi dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di eropah, malah menjadi bahan rujukan semua plajar di dunia.
d)    Kitab beliau “al-muqaddimah” menjadi sumber rujukan utama manusia sehingga kini.
2)    Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah yang telah digariskan oleh ibnu khaldun:
a)    Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab.
b)    Mengkaji peristiwa lalu untuk menjadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku.
c)    Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
d)    Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

RUMUSAN

1)    Ibnu khaldun meminati bidang penulisan dan kreatif sejak kecil.
2)    Kitab karangan beliau, al-muqaddimah yang berkaitan dengan sosiologi telah menjadi rujukan dan kajian ilmiah eropah barat dan timur.

3)    Buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan menjadi rujukan di university-universiti dalam bidang sejarah dan kemasyarakatan.

AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH

RIWAYAT HIDUP AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH
1.      Riwayat hidup Al-Imam As-Syafie:
Aspek
Huraian
Nama sebenar
Muhammad bin idris bin al-abas bin uthman bin syafi’ bin as-Saib
Tarikh lahir
Pada bulan rejab tahun 180 Hijrah/767 Masihi.
Tempat lahir
Di Ghazar, daerah Usqalan, Palestin.
Gelaran
As-Syafie menjadi panggilan masyhurnya adalah sempena nama datunya, iaitu Syafie bin Saib.
Keturunan
Arab Qurasiy.
Tarikh meninggal dunia
Tahun 204 Hijrah/820 Masihi ketika berusia 54 tahun.
Tempat meninggal dunia
Di Mesir, dimakamkan disebuah masjid di Arafah, Mesir

2.      Salahsilah atau asal usul keturunan Al-Imam Syafie:
*      Keturunannya bertemu dengan salahsilah Nabi Muhammad S.A.W pada sebelah datunya, iaitu Abdul Manaf( datuk ke-3 baginda S.A.W dan ke-7 Al-Imam As-Syafie).
*      Ibunya benama Fatimah Binti Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Abi Talib.
*      Ibubapanya berasal dari Mekah.
3.      Latar belakang kehidupan Al-Imam Syafie:
*      Dibesarkan dalam kehidupan serba kemiskinan.
*      Ibubapanya berasal dari Mekah dan telah menziarahi Palestin dan ketika itu beliau masih dalam kandungan ibunya.
*      Ketika dalam perjalanan ke Palestin, bapanya telah meninggal dunia dan tidak lama selepas itu, beliau dilahirkan.
*      Setelah berusia 2 tahun, beliau bersama ibunya kembali ke Makkah untuk menunaikan fardu haji dan terus menetap disa’bu Al-Haif.
*      Ketika berusia 20 tahun, beliau merantau kemadinah untuk berguru dengan Al-Imam Malik.
*      Selepas kematian Al-Imam Malik, beliau dilantik menjadi ahli tugas gurunya mengajar di masjid Nabawi, Madinah.
*      Beliau kemungkinan berhijrah ke Yaman setelah ditawarkan jawatan sebagai setiusaha dan penulis istimewa diperjabat di Gabenor di Nyaman.
*      Ketika berkhidmat di Nyaman, beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab syiah, lalu dipenjara Baghdad.
*      Kecekapannya behujah membela diri menyebabkan beliau dibebaskan oleh khalifah Harun Al-Rasyid dan diizinkan menetap di Bagdad.
*      Pada tahun 188 Hijrah/804 Masihi, beliau kembali semula ke Mesir.
*      Pada tahun 194 Hijrah/810Masihi, beliau kembali semula ke Bagdad.
*      Selepas 4 tahun, beliau kembali semula ke Mesir setelah menolak tawaran sebagai kadi di Bagdad.
*      Akhirnya terusnya menetap dan meninggal dunia di Mesir.
4.      Sifat peribadi mulia Al-Imam As-Syafie:
*      Kuat ingatan dan terang hati.
*      Tekun, rajin, dan mencintai ilmu.
*      Sanagat memuliakan gurunya sehingga digelar “tongkat malik” kerana Imam Malik selalu memegangnya apabila berjalan kerana terlalu uzur.
*      Tegas pendiriannya dimana menolak jawatan kadi di Nyaman semasa zaman Khalifah Harun yang tidak menjalankan pemerintahan berlandasjan islam.
*      Bersuara merdu sehingga boleh membuatkan orang terpesona dan menangis termasuk Ulama sendiri apabila membaca Al-Quran.
*      Seorang yang tawaduk dan sangat serdehana kehidupannya termasuk pakaian dan perhiasan rumah tangganya.
*      Seorang ahli sukan, iaitu beliau seorang pemanah yang mahir dan penunggang kuda yang handal.
5.      Bukti menunjukkan Al-Imam Syafie seorang yang kuat ingatan dan kuat menghafaz:
*      Menghafal keseluruh A-l-quran ketika usia 9 tahun.
*      Menghafaz kitab Al-Muwattak ketika usianya 10 tahun walaupun belum berguru dengan Al-Imam Malik (dalam masa 9 hari).
*      Dapat mengikuti dan menghafaz kesemua pelajaran yang diajar.
*      Sepanjang perjalanannya dari Palesti ke Madinah beliau sempat membaca Al-Quran sehingga khatam 16 kali.
*      Menghafaz semua buku-buku yang susah untuk dibelinya.
*      Menghafaz kesemua cacatannya bagi membersihkan biliknya yang dipenuhi cacatan sehingga mejadi sepi.

6.      Kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Al-Imam Syafie:
*      Dikatakan beliau berada dalam kandungan ibunya selamanya 2 tahun.
*      Semasa dalam kandungan, ibunya bermimpi keluar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya yang gemilang.
*      Menghafaz keseluruh Al-Quran ketika usia 9 tahun.
*      Memiliki suara yang merdu terutama apabila membaca Al-Quran dan mahir bersyair dan bersajak.
*      Pernah bermimpi Rasulullah S.A.W semasa remaja dimana baginda telah meraup wajahnya dan berdoa semoga Allah memberkati hidupnya.
*      Rajin dan gigih menimba ilmu sehingga perut tidak pernah kenyang selama 16 tahun ketika belajar.
PENDIDIKAN
1.      Pendidikan Al-Imam As-Syafie:
*      Memulakan perlajaran belajar Al-Quran dengan Imam Ismail Kostantine sejak umur 5 tahun.
*      Ketika berusia 9 tahun, beliau Berjaya menghafaz keseluruh Al-Quran 30 juzuk.
*      Ketika berusia 10 tahun, beliau mempelajari dan menghafaz kitab Al-Muwattak (Imam Malik) walaupun belum berguru dengan imam malik.
*      Ketika berusia 15 tahun:
                                                              i.      Diiktiraf untuk mengajar ilmu hadis di Masjid Al-Haram ketika ketiadaan guru (Imam Muslim).
                                                            ii.      Menjawat jawatan mufti di Makkah.
                                                          iii.      Diizinkan dan mampu memberi fatuah dihadapan masyarakat.
*      Ketika berusia 20 tahun, beliau merantau ke Madinah untuk berguru dengan Imam Malik, kemudian ke Iraq, Parsi, dan akhirnya kembali ke Madinah.
2.      Bidang ilmu yang dipelajari dan dikuasai oleh Al-Imam As-Syafie:
a.       Ilmu Al-Quran
b.      Ilmu hadis
c.       Selok belok bahasa arab dari pelbagai kabilah.
d.      Mengusai semua lahjah bahasa dan kebudayaan arab.
e.       Ilmu tafsir dan tajwid.
f.       Ilmu tajwid dan sastera.
g.      Mahir dalam bidang penulisan.
h.      Mahir mengubah syair dan sajak yang amat indah.
3.      Nama tempat dan guru Al-Imam As-Syafie menuntut ilmu:
Nama tempat
Nama guru
Makkah
Belajar hadis daripada:
v  Sufian Bin Uyainah
v  Said Bin Salam Al-Qadah
v  Daud Bin Abdul Rahman Al-Atar
Belajar ilmu fiqh daripada:
v  Imam Muslim Bin Khalid Al-Zanji (mufti mekah)
Belajar ilmu Quran daripada:
v  Ismail Bin Qistantin
Madinah
Belajar dengan ulamak hadis:
v  Al-Imam Malik Bin Anas
v  Ibrahim Bin Abi Yahya As-Samie
v  Muhammad Bin Said Bin Abi Fadil.
v  Abdullah Bin Nafik.
Yaman
v  Hisyam Bin Yusof
v  Umar Bin Abi Maslamah
v  Al-Auzai
v  Yahya Bin Al-Hamid
Iraq
v  Wakik Bin Jarah
v  Hamad Bin Asamah
v  Imam Abu Yusof


4.      Bukti kegigihan dan jihat Al-Imam Syafie dalam menuntut ilmu:
a.       Kemiskinan keluarganya tidak sedikitpon melemahkan semangat dan menjejasakan pengajiannya.
b.      Sangat gigih, tekun dan giat meneruskan cita-cita mempelajari ilmu pengetahuan.
c.       Sentiasa berada di samping guru semasa gurunya mengajar dan memberi syarahan.
d.      Sanggup mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar, dan tulang untuk menulis ilmu diatasnya.
e.       Sanggup ketempat perhimpunan orang ramai mengutip kertas yang dibuang untuk menulis ilmu yang dipelajari.
f.       Bilik tempat tinngalnya menjadi sempit kerana dipenuhi dengan kertas cacatan ilmuny.
g.      Menghafaz semua ilmu yang dicatat bagi membersihkan bilikny agar kemas dan selesa.
h.      Menghabiskan masa remaja dengan menuntut, menulis, dan menghafaz ilmu.
i.        Sanggup berusaha mencari guru dan ulama dari pelbagai daerah dan tempat sejak berusia 20 tahun.
5.      Disiplin masa yang dipraktikkan oleh Al-Imam As-Syafie iaitu membahagikan masanya kepada 3 aktiviti, iaitu:
a.       1/3 untuk menulis ilmu
b.      1/3 untuk beribadah
c.       1/3 untuk beristirehat
SUMBANGAN
1.      Sumbangan Al-Imam As-Syafie kepada tamadun Islam khususnya ilmu pengetahuan:
*      Tokoh pembaharuan agama (mujadid) abat yang ke-2 Hijrah.
*      Terkenal sebagai ulama dan juga seorang pengarang yang masyhur.
*      Aliran pemikirannya dikenali sebagai mazhab syafie (pengasas mazhab syafie).
*      Digelar sebagai “bapa usul fiqh” kerana orang pertama menulis buku dalam bidang usul fiqh melalui kitabnya, Al-Risalah.
*      Mengasaskan kaedah tertentu dalam mengimbaskan hukum.
*      Mempersempitkan kegunaan akal dalam mengimbaskan hukum.
*      Berijtihad mengikut keadaan tempat dan suasana (lahir Qaul Qadim di bagdad dan Qaul Jadid di Mesir).
*      Sanagat terliti dalam mengutarakan pandangan ususnya dalam masalah fiqah.
*      Berhujah dengan golongan anti-hadis dan dimuatkan dalam kitabnya, Al-Risalah.
2.      Hasil karya Al-Imam As-Syafie:
*      Diriwayatkan bahawa Al-Imam As-Syafie telah menulis lebih kurang 113 buah kitab.
*      Antara kitab yang terkenal ialah:
Bidang
Nama kitab
Usul fiqh
v  Al-risalah
v  Ahkam Al-Quran
v  Ibtali Al-Istihsan
Fiqh
v  Al-umm
v  Al-fiqh
Hadis
v  Ikhtilaf Al-Hadis
v  Al-musnad
Tafsir
v  Al-Hujjah
v  Al-Ahkam Al-Quran

3.      Jawatan yang pernah disandang oleh Al-Imam Syafie:
*      Memegang jawatan tertinggi dalam majlis Hal-Ehwal Agama Islam di Najran.
*      Tenaga pengajar di Masjidil Haram, Makkah.
4.      Nama anak murid Al-Imam syafie yang masyhur:
*      Al-Imam Abu Ibrahim Bin Yahya Al-Muzani
*      Al-Imam Al-Rabik Bin Sulaiman Al-Marali
*      Al-Imam Abu thur
*      Ibrahim Bin Khalid
*      Al-Imam Al-Hassan Bin Mohammad As-Sabah.
*      Abu Yakub Al-ruwati.
*      Imam Ahmad Bin Hanbal
5.      Cabaran yang pernah dilalui oleh Al-Imam As-Syafie:
*      Difitnah oleh pembesar di Najran yang tidak berpuas hati dengannya kerana diberikan jawatan yang tinggi oleh Gabenor Yaman.
*      Difitnah menjadi pemimpin gerakkan syiah bersama puak Bani Umaiyah berpakat untuk mendirikn sebuah kerajaan Alawiyah dan sekaligus menggulingkan kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Harun Al-Rasyid.
*      Ditangkap dan dibelunggu dengan rantai besi serta diarahkan untuk menghadap Khalifah Harun di Baghdad dengan menempuh jalan kaki selama 2 bulan.
*      Lantaran bijak berujah, beliau telah terlepas daripada hukuman gantung kerana dapat meyakinkan Khalifah bahawa dirinya difitnah dengan membaca ayat 5 dari surah A-Nur dan ayat 6 dari surah Al-Hujerat.

RUMUSAN
1.      Al-Imam As-Syafie dari keturunan Quraisy da seketurunan dengan Nabi Muhammad S.A.W.
2.      Seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan.

3.      Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu yang bermanfaat.