Rabu, 17 Februari 2016

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA.

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA.
RIWAYAT HIDUP IBNU SINA
1.      Biodata ibnu sina:
*      Nama sebenarnya ialah al-husain bin Abdullah bin al-hasan bin ali bin sina.
*      Dilahirkan pada tahun 370 hijrah/980 masihi di afsyanah, Turkistan.
*      Beliau berketurunan turki.
*      Meninggal dunia pada tahun 428 hijrah/1037 masihi di hamazan, iran ketiks berusia 58 tahun dan dimakamkan di sana.
*      Semasa memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (fairmillenium) di Tehran dinobatkan sebagai “father of doctor”.
*      Di Tehran telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk beliau.
2.      Latar belakang kehidupan ibnu sina:
*      Bapanya berasal dari balakh, kemudian berpindah ke Bukhara.
*      Bapanya merupakan seorang penguasa di kharmaisan, Bukhara.
*      Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390 hijrah/1000 masihi, beliau telah berpindah ke khawarizm, jarjan, rai, dan hamazan.
*      Terkenal sebagai ahli falsafah, siasah (politik) dan doctor perubatan termasyhur pada zamannya.
3.      Gelaran yang diberikan kepada ibnu sina:
*      Gelarannya ialah abu ali.
*      Dikenali sebagai ibnu sina di timur.
*      Dibarat dikenali sebagai abicenna.
*      Dinamakan sebagai “al-syeikh al-rais” oleh kebanyakan sarjana islam disebabkan beliau dapat menguasai hamper semua bidang ilmu.
*      Digelar sebagai “bapa sejarah sains”.
*      Digelar sebagai “raja falsafah dan bapa perubatan” dibarat.
4.      Jawatan yang pernah disandang oleh ibnu sina:
*      Bertugas diperpustakaan kerajaan samaniah di istana nuh bin nasar di khurasan.
*      Bertugas sebagai tabib di hamazan.
*      Dilantik sebagai perdana menteri oleh syamsul al-daulah, gabenor hamazan.
*      Pakat perubatan di wilayah rai.
*      Penasihat agung (menteri) kepada amir ala’ ad-daulah di asfahan.
KEPERIBADIAN IBNU SINA.
1.      Keperibadian luhur ibnu sina yang patut dicontohi:
*      Mencintai ilmu-sejak usia 5 tahun sudah berlajar pelbagai ilmu seperti al-quran, tafsir, dan sains.
*      Tekun mempelajari ilmu-membaca buku berkaitan metafizik karangan arihtotle sebanyak 40 kali.
*      Taat beragama-sering berdoa dan mengunjungi masjid untuk memohon petunjuk daripada allah.
*      Pintar dan cerdik-berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia 18 tahun.
*      Kuat ingatan-berjaya menghafaz al-quran ketika usia 10 tahun.
*      Berinovatif-banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.
2.      Pengajaran yang holeh diteladani daripada keperibadian ibnu sina:
*      Sentiasa mendekatkan diri kepada allah.
*      Berusaha menerokai dan mendalami pelbagai bidang ilmu fardu ain dan fardi kifayah bagi mewujudkan kesepaduan intelektual seimbang.
*      Mempelajari dan menghafaz al-quran sejak kecil.
*      Bersikap tekun dan gigih dalam mendalami bidang ilmu.
PENDIDIKAN IBNU SINA
1.      Pendidikan ibnu sina:
*      Pendidikan awal bermula dengan mempelajari al-quran dan sastera ketika berusia 5 tahun secara tidak formal di Bukhara.
ketika berumur 10 tahun telah Berjaya menghafaz al-quran.
*      Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti bahasa, geometri, matematik, fiqh, sains dan perubatan.
*      Beliau telah menguasai ilmu perubatan semasa berusia 16 tahun.
*      Ibnu sina mula menjadi terkenal selepas Berjaya menyembuhkan penyakit raja nuh bin Mansur yang gagal diubati oleh doctor yang lain.
*      Ketika berusia 21 tahun, telah menulis karya pertama berjudul “al-majmuk” ketika berada di khawarizm.
*      Berkat kesungguhan menuntut ilmu, telah menjadikan beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terulung tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelayan al-syeikh al-rais (mahaguru pertama)
2.      Bidang ilmu yang telah dipelajari dan dikuasai oleh ibnu sina:
*      Al-quran.
*      Fekah.
*      Tafsir.
*      Mantik/logic.
*      Sains politik.
*      Usuluddin/tasawuf.
*      Geometri.
*      Fizik.
*      Falsafah.
*      Perubatan.
*      Astronomi.
*      Matematik.
*      Metafizik.
*      Sains.
*      Teologi.
3.      Bukti kesungguhan ibnu sina dalam menuntut ilmu:
*      Tekun dan sabra mempelajari ilmu.
*      Menuntut ilmu sejak kecil.
*      Menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia 18 tahun.
*      Banyak melakukan penyelidikan.
*      Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu.
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN.
1.      Bukti ketokohan ibnu sina dalam bidang perubatan:
*      Kesarjanaan ibnu sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan seluruh dunia.
*      Kepakaran beliau dalam bidang perubatan terbukti apabila Berjaya menyembuhkan penyakit.
*      Sepanjang penglibatan dalam bidang perubatan, beliau Berjaya melakukan beberapa pencapaian yang hebat.
*      Karyanya terkenal dalam bidang perubatan ialah al-qanun fit tib.
*      Berjaya mengemukakan banyak penemuan dan teori perubatan dalam karyanya.
2.      Hasil pencapaian dan penemuan ibnu sina dalam bidang perubatan:
*      Penemuan pelbagai penyakit baru dan puncanya:
o   Pengaruh kuman dalam penyakit.
o   Jangkitan virus seperti TB.
o   Penyakit berjangkit seperti cacar, rubella, alahan dan penyakit jiwa.
*      Penemuan dalam bidang farmasi:
o   Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab dalam penyakit kronik.
o   Menghasilkan ubat bius.
*      Membangunkan teknologi perubatan:
o   Mencipta benang khusus untuk menjahid luka pembedahan.
o   Mencipta picagari.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN.
1.      Penyelidikan dan penulisan yang dihasilkan oleh ibnu sina telah menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap ketika itu.
2.      Beliau telah memperkenalkan method pemerhatian (observation) dan analisis dalam penyelidikan dan penulisannya.
3.      Penyelidikan dan penulisan ibnu sina turut mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden dengan penciptaan peralatann canggih seperti x-ray dan ultrasound dalam mengesan organ dalaman pesakit.
4.      Karya masyhur beliau dalam bidang perubatan, iaitu dalam al-qanun fit tib telah menjadi rujukan dan kajian tesis di university di barat sehingga 6 abad lamanya.
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN.
1.      Sumbangan ibnu sina dalam bidang ilmu dan pemikiran:
*      Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang ilmu seperti fizik, falsafah, matematik, mantik, biologi, astronomi, dan sains politik.
*      Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh.
*      Memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan.
*      Membuat beberapa penemuan dalam bidang ilmu yang dikenali sebagai ilmu perubatan psikosomatics “psychosomatics medicine”.
*      Memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti ketidakstabilan humor yang masih dipratikkan oleh para doctor muslim di Pakistan, Afghanistan, dan parsi yang menggunakan ilmu perubatan yunani.
*      Sebagai menghargai jasanya dalam bidang perubatan, sebuah institusi di hungry dinamakan “Avicenna college”
2.      Sumbangan inu sina dalam bidang penulisan/penghasilan karya:
*      Menghasilkan 276 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang ilmu perubatan.
*      Banyak karyanya ditulis dalam bahasa arab dan juga beberapa dalam bahasa parsi.
*      Kitab al-qanun fit tib merupakan karyanya yang termasyhur.
*      Menghasilkan sebuah buku yang diberi judul “remedies of the heart” yang mengandungi sajak perubatan yang menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit beserta cara untuk mengubatinya.
3.      Sumbagan dan kecermelangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan.
*      Ketika berusia 16 tahun telah mengusai ilmu perubatan.
*      Dilantik sebagai doktor istana ketika berusia umur 21 tahun kerana kejaan menyembuhkan penyakit Raja Nuh.
*      Menghasilkan sebuah karya yang masyhur dalam bidang perubatan iaitu “Al-Qanun Fit Tib” yang membicarakan tentang perubatan spekulatif dan praklatif dan praktif.
*      Menghasilkan ensiklopedia melalui kitab “An-Najat” yang ditulis dalam 5 jilit yang memuatkan 760 cara perubatan melalui penemuan barunya.
4.      Sumbangan Ibnu Sina sebagai ahli falsafah:
*      Menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
*      Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle.
*      Kerana itu, padangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan yunani.
5.      Pengaruh Ibnu Sina terhadap sebagai bapa perubatan dunia:
*      Ketokohan Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan dokter perubatan dalam kebudayaan eropah adalah luas.
*      Penulisan barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai :bapa doktor” kerana Berjaya menyatupadukan teori perubatan yunani hippcrates dan gelen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan serta pengalamannaya sendiri.
*      Buku karangannya Al-Qanun Fit Tib (peraturan perubatan) terdiri daripada 14 jilit, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
6.      Kelebihan dan keistimewaan kitab “Al-Qanun Fit Tib”;
*      Dikarang oleh Ibnu Sina ketika berusia 21 tahun.
*      Dinamakan “Al-Qanun Fit Tib” yang bermaksud formula perubatan.
*      Merupakan pustaka ilmu kedoktoran yunani purba.
*      Mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan dieropah pada zaman renaissance.
*      Menjadi buku rujukkan yang utama di universiti eropah sehingga keabat 17 Masihi seperti di Itali dan Perancis.
7.      Bukti ketokohan dan kepakaran Ibnu Sina dalam bidang perubatan sehingga tiada tandingnya sehingga kini;
*      Hasil penyelidikan dan penulisan beliau dalam bidang perubatan telah medahului zaman.
*      Banyak formula yang diperkenalkan dalam bidang perubatan tidak dapat dicapai dan diatasim oleh pakar perubatan terkini.
*      Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun.
RUMUSAN
1.      Beliau terkenal ditimur dan barat sebagai doktor yang terkenal. Ditimur, beliau dikenali sebagai Ibnu Sina. Dibarat , beliau dipanggil Avicenna.
2.      Telah menghfas Al-Quran sejak usia 10 tahun dan mengusai ilmu perubatan ketika berumur 16 tahun.
3.      Menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan. Buku Al-Qanun Fit Tib telah menjadi rujukkan pertama dipusat pengajian tinggi dibarat.

4.      Merupakan orang pertama memperkenalkan analisis dan metode pemerhatian dalam bidang perubatan.

1 ulasan: